MASALAH TIDUR DAN CARA MENGATASINYA

Sejak dua tiga tahun lepas, saya selalu perasan ramai yang mengatakan susah untuk tidur malam. Ataupun kita panggil sebagai 'sleepless night'. Saya sendiri pun mengalami perkara sama di mana kadang-kadang tu sampai sebulan tak dapat tidur yang berkualiti. Banyak faktor yang boleh menyebabkan terjejas kualiti tidur. Boleh jadi kerana tekanan, menonton terlalu banyak rancangan televisyen atau drama di laptop. Masalah tidur memang sangatlah menjejaskan produktiviti selain membuatkan kehilangan mood. Jadi, setelah saya buat bacaan dan test sendiri terhadap diri sendiri, cara yang dilihat berkesan untuk membantu kita tidur nyenyak ada banyak. Antara yang saya pernah lakukan adalah:

BAHAGIAN I
Perhatikan diet anda

1. Kurangkan memakan daging merah. 

Ianya kerana daging merah mempunyai kandungan iron yang tinggi. Jika diambil dengan kadar yang banyak, boleh menyebabkan ketidakhadaman. Pengalaman saya sendiri kalau banyak makan daging, memang akan menyebabkan ketidakselesaan seperti berangin, rasa nak muntah, pening kepala, senak perut, muka jadi pucat. Akibatnya, susah untuk tidur nyenyak.

Anda boleh baca di sini untuk mengetahui 11 tanda-tanda badan anda tidak menghadam daging dengan baik dan bagaimana untuk atasinya (Artikel bahasa inggeris). Anda juga boleh melihat bagaimana masalah penghadaman boleh dikaitkan dengan insomnia.

2. Banyakkan memakan makanan yang kaya dengan serat (Fibre) 



Kita umumnya sudah mengetahui jenis-jenis makanan yang kaya dengan serat. Klasifikasi umumnya adalah terdiri dari sayur sayuran, buah buahan, dan juga bijirin. Untuk sayur sayuran, saya galakkan kita semua makan sayur tempatan kerana kurang melalui  proses yang mungkin menghilangkan khasiatnya. Ianya kerana sayur tempatan mungkin melalui proses yang minimal kerana tidak ada keperluan eksport di samping dapat mengukuhkan ekonomi tempatan (sayur tempatan pun maklum lebih murah dan ekonomik). Contoh sayur tempatan adalah ulam-ulaman. 

Saya suka cadangkan beras perang, roti mil penuh (Wholemeal), chia seed, dan psyllium husk di dalam diet jika pembaca berkemampuan. Empat perkara yang saya sebutkan ini sangatlah baik untuk membantu penghadaman selain bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Mereka ini sangatlah mengenyangkan!

3. Puasa

Untuk tujuan merehatkan usus

4. Puasa kafein

Kafein boleh ditemui bukan hanya di dalam kopi, tetapi juga di dalam coklat dan juga teh. Kafein ini sebenarnya membantu merangsangkan penghasilan adrenaline yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan lain-lain. 

Baca lebih lanjut di artikel ini mengenai kafein dan nikotin

5. Minum segelas susu hangat sebelum tidur 

Kelima lima tips ini semuanya bertujuan untuk membantu penghadaman anda. 



BAHAGIAN II

Penjagaan diri



1. Bau essential oil seperti lavender, serai
2. Tidur di awal waktu
3. Memilih baju tidur yang kainnya selesa dan tidak panas

Ulasan